Thursday, June 18, 2015

Mukah

"MukahSarawakMalaysia, is a coastal town which serves as the administrative center of the Mukah District (2,536 square kilometres) in Mukah DivisionSarawak. It is located by the South China Sea, about 2.5 hours by road from the city of Sibu. Mukah is also accessible by air by MASwingsfrom Kuching and Miri. The duration of both flights is about one hour. There are also speed boats connecting the town of Dalat (about 30 kilometres from Mukah) to Sibu. The speed boat trip takes approximately 2 hours." - Wikipedia

Di atas adalah penerangan tentang akses ke Mukah Oleh pihak Wikipedia. Bagi admin, Mukah juga boleh di akses melalui darat menggunakan kereta ataupun kenderaan awam seperti bas dari Kuching atau Miri dan Bintulu. Sesiapa yang ingin mengetahui tentang mukah lebih lanjut, anda boleh melawati laman-laman web yang disenaraikan di bawah.

Info rasmi Mukah:
Pejabat Daerah Mukah
Residen Mukah

Info asas tentang kemudahan yang ada di mukah:
WikiVoyage

Antara-antara laman-lawan web yang menerangkan tentang Mukah
Kaul Mukah
Kampung Tellian

Dibawah serba sedikit gambar tentang kawasan Mukah dan kemudahan yang ada


















Lawatan Tapak Kampus PFI Mukah

























Sejarah UiTM Sarawak Kampus Mukah

Mukah merupakan Bahagian yang Ke-10 di Negeri Sarawak yang diisytiharkan pada  1 Mac 2002. Berikutan daripada pengisytiharaan tersebut, Bahagian Mukah telah semakin pesat membangun. Pembangunan semakin ketara apabila Projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah diumumkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Sarawak. Dengan wujudnya Projek SCORE, banyak peluang kerja telah terbuka kepada penduduk Bahagian Mukah khususnya dan Rakyat Negeri Sarawak secara amnya.

Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja professional, UiTM  Sarawak Kampus Mukah telah dibuka dan beroperasi pada Sesi Disember 2002 dengan menjalankan program Pra-Perdagangan (PD003). Pada peringkat awal, UiTM telah menyewa 3 unit rumah kedai untuk menempatkan asrama pelajar, bilik pejabat, bilik kuliah dan perpustakaan. Seramai 62 orang pelajar telah      mengikuti sesi yang pertama di UiTM Sarawak Kampus Mukah.

Bermula 1 Oktober 2007, 14 buah rumah kedai telah disewa oleh UiTM Sarawak Kampus Mukah di Jalan Boulevard untuk menampung bilangan pelajar yang meningkat dan pertambahan 2 program iaitu Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) dan Diploma Pengurusan Ladang (AT110) pada pengambilan sesi Julai-November 2008. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2012, Program Diploma Pengurusan Ladang (AT110) telah dipindahkan ke Kampus Samarahan untuk sementara waktu berikutan kekangan tempat yang sedia ada untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.

Sehingga kini, program yang ditawarkan adalah Pra-Diploma Perdagangan (PD003), Diploma Pengurusan Perniagaan (BM111) dan Pra-Diploma Perdagangan MDAB (PD002) yang mula dilancarkan oleh Naib Canselor UiTM  Y. Bhg. Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar Dr pada 9 April 2011. Pada Masa sekarang, UiTM Sarawak Kampus Mukah mampu memuatkan seramai 250 orang pelajar sahaja sementara menunggu kampus tetap siap dibangunkan dan dijangka siap pada Oktober 2015. Kampus tetap ini dapat menampung sehingga 2000 orang pelajar. Antara program yang ditawarkan adalah seperti Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Perladangan & Agroteknologi serta Fakulti Pengurusan Perniagaan. Majlis pecah tanah UiTM Sarawak Kampus Mukah telah dirasmikan oleh TYT Tun, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 9 April 2011.